Mar 31, 2012

Megat & peraturan JPN


megat muhammad badri. itulah nama yang dipilih oleh kami buat cahayamata kedua ini. tetapi atas peraturan baru JPN yg berkuatkuasa November 2011, nama 'megat' hanya boleh digunakan jika si ayah bergelar 'megat'. sungguh aneh dan pelik peraturan baru ini. sudah dipraktikkan sejak sekian lama, bahawa nama megat diturunkan jika si ayah bergelar 'megat' atau si ibu bergelar 'raja'. kenapa baru sekarang dikuatkuasakan? bukan aku mementingkan gelaran, tetapi ianya mudah bg generasi akan dtg iaitu anak2 kecil sekarang utk mengenal susur galur salasilah keluarga mereka. apa pun, muhammad badri satu nama yg sudah cukup cantik maksudnya. badri - julukan bagi sahabat yang mengikuti perang Badar; dinisbatkan pada bulan purnama.semoga muhammad badri membesar sebagai anak yg soleh.

Mar 30, 2012

Pengalaman Kedua


pengalaman melahirkan anak kedua masih segar dalam ingatan kerana aku masih dalam tempoh berpantang. aku admitted di Hospital Annur Bangi pada 26 Feb jam 5:30pm, dan terus dibawa ke labour room memandangkan bukaan dah 3cm. bilik yg sama ketika melahirkan balqis, dan dlm sakit2 contraction tu, sempat aku mengimbau balik saat2 kelahiran balqis dahulu. utk kali ini, aku masih memilih epidural utk meredakan kesakitan yg semakin kerap dirasai. dalam jam 9:00pm aku disuntik epidural oleh pakar bius. alhamdulillah, sakit berkurangan. tetapi slps 30 mnt aku disuntik epidural, kepala rasa pening, tekak rasa loya, macam nak pitam pon ada, dan keadaan aku pd masa tu sgt gelisah, serba serbi tak kena. bidan datang amik tekanan darah, bacaan bp aku menurun sehingga 62 dan degupan jantung baby lemah. doctor  masih blom sampai. kehadiran suami yg setia menemaniku sedikit sebanyak membuatkan aku tenang. dalam 11:00pm doctor sampai dan terus memeriksa bukaan dan saiz bukaan masih lg 3cm. sakit semakin kerap dan degupan jantung baby semakin lemah. dalam jam 11:30pm air ketuban dipecahkan dan terdapat najis baby. tiada pilihan lain melainkan pembedahan. alhamdulillah aku tenang dan aku cuma mengharapkan dan berdoa bayiku selamat dilahirkan. jam 12:00am 27 Feb, aku dibawa masuk ke OT, dan dos ubat bius ditambah melalui saluran epidural. aku masih lagi tenang dan sedar sepanjang pembedahan. alhamdulillah pada jam 12:42am 27 Feb, aku selamat melahirkan baby boy seberat 3.79kg. syukur kepada Allah semuanya selamat dan terima kasih Allah atas ketenangan dan kekuatan yg Kau berikan kepadaku dalam melalui ujian kali ini.

Jan 5, 2012

Majlis Doa Selamat Balqis dah genap 1 tahun


Alhamdulillah, majlis doa selamat sempena ulangtahun kelahiran Balqis yg pertama selamat diadakan pada 10 Dec 2011.. simple je majlisnya.. tetamu dalam 100 orang yang hadir, seperti yang dirancang.. yang penting family kedua belah pihak, dari raub dan melaka dapat hadir.. :)

my cute little princess 'Puteri Nur Balqis'
Birthday cake

Happy Family with happy 'Nemo'

Soft muffin and variety of cheese tart

among guests and family

Oct 31, 2011

Update akhirnya..


wah.. dah lama rupenya x update blog ni.. since pregnant 2nd ni, mmg susah nak dpt masa utk menghadap laptop lama2.. blog online shopping Balqis' Apparel pon dh lama x update.. freeze kejap.. pregnancy kali ni, aku cepat penat.. buat keje skit je, rehat yg banyaknye.. adik balqis ni dh nak masuk 22wks, mmg dh rase movement since 17wks lagi.. last friday checkup, semua ok.. condition baby and mommy both ok.. alhamdulillah.. due awal Mar2012.. masa tu Balqis dan nak masuk setahun 3 bulan.. gap agak rapat, tapi insyaAllah aku dan suami boleh handle.. balqis dah pandai jalan dah.. hehe.. tak smooth lagik, tp dh dpt dlm 20 steps.. so before 11mths old, balqis dah pandai berjalan by her own feet.. :) comel je.. balqis pon dh pandai marah2 kalo kita amik brg dia, pastu suka main gajet, tak kira la apa pon.. pantang nampak henpon dan remote control.. dh pandai jugak belek2 buku.. tapi yg satu ni mostly baby suka buat, mengutip benda kecik2 pastu masuk dlm mulut.. even the very tiny things pon dia nampak dan cuba amik.. yg ni mmg kena alert pastu umah kena selalu vacuum or sapu.. huhu..  

Jun 2, 2011

Magic English untuk Balqis


kadang2 kita slalu dgr statement camni, 'ala, kecik lagi budak tu, bukannya tahu apa2' atau camni 'buat apa belikan buku kat budak tu, bukannya tahu baca pon'.. mmg wujud pemikiran camni dikalangan masyarakat kita, ye lah, kalo ikut logiknye, baby or budak yg berusia 2 tahun ke bwh, mmg la byk menda yg diorang tak tahu.. tapi kebanyakan dari kita tak tau yg pertumbuhan otak kanak2 berkembang sebanyak 50% sejak dari lahir sampai la umur 4 tahun.. based on below chart (taken from grolier-asia.com), pertumbuhan otak dari lahir sehingga 4 tahun, sama dengan pertumbuhan otak dari umur 4 hingga 18 tahun.. 

so, aku dan suami amik inisiatif dgn belikan set 26 buku dan 26 DVD Disney Magic English dr Grolier.. pastu dpt free gifts, Disney's Story a Day (4 Vols), Disney's Words Words Words (4 Vols), Family Flip Quiz Science, Raise Your Child Self-Esteem - 99 Easy Things To Do  and book shelf.. so everyday kitaorg akan cuba bacakan buku Disney's Story a Day utk Balqis atau pasang DVD Disney Magic English.. kiranya cabaran buat kitaorg utk disiplinkan diri dalam membantu Balqis mempelajari English.. dan dalam masa yang sama kitaorg pon dpt belajar lagi byk vocab.. InsyaAllah semoga dipermudahkan usaha ini.. 

Mar 30, 2011

balqis batuk, mommy pon batuk..


today aku mc.. cough and flu.. skrg ni mmg musim org batuk dan selesema.. so duk rumah je la, rehat2.. walaupon aku mc, tapi aku antar balqis pegi school jugak, kalo tak mmg balqis tak dpt tido sbb mommy dia asyik batuk2 je.. batuk balqis pon tak baik2 lagi, dah sebulan lebih.. tiap2 minggu aku bawak balqis pegi jmpa doc, check paru2.. bila time kahak dia byk tu, sampai nafas pon berbunyi, tak sanggup dengar, kesian.. dah tak tau buat camne.. amik ubat dah, aku try jugak cara tradisional, tak jalan jugak.. hemm..

Mar 16, 2011

Botol susu BPA free


baru2 ni plak isu pasal pengharaman botol susu yg mengandungi BPA.. tapi apsal la lambat sgt kerajaan Malaysia ni announce pasal hal ni, pastu lak pengharaman start Mac 2012.. emm.. apa pun, isu ni membuatkan aku lebih peka terhadap produk2 plastik dan kesan bahan pembuatan terhadap diri dan kehidupan kita.. before ni aku beli botol susu Pigeon yg bukan BPA free, salah aku jugak tak buat study nape ada botol susu BPA free dan ada yang tidak.. so bila berita pasal isu ni kuar Berita Harian 14 Mac 2011, barulah aku terhegeh2 nak beli botol susu yg ada label BPA free.. so skrg ni Balqis dah start minum susu guna botol Dr. Brown yg confirm BPA free.. 

Mar 14, 2011

Kitchen cabinet baru..


Deal dgn CLS utk pasang kitchen cabinet mmg mudah.. hanya 1 bulan diambil start dr byr deposit 10% dan last skali installation.. Aku rekemen utk sapa2 nak pasang kabinet dapur, pilihla CLS.. mula2 aku tau pasal CLS ni sbb slalu ulang alik Hosp Annur Bangi setiap bulan utk check up pregnancy.. setiap kali lalu mesti nampak kedai CLS ni.. slalu ckp kat suami, 'lain kali, bila2 masa kita gi kedai tu, tgk2 cabinet, mana tau kalo ok'.. pastu aku beli plak magazine Impiana Dapur, dlm tu mmg byk tunjuk design kitchen cabinet yg CLS punya.. boleh tahan jugak design.. pastu bukak pulak website CLS, ada promotion free granite utk countertop dan skirting.. bila baby dh lahir, dh abes pantang, kami pon pegi CLS tu, hajatnya nak tgk2 je dulu, tp dh siap2 bawak ukuran dan map.. akhirnya, kami trus setuju nak pasang dry kitchen cabinet dgn CLS dan byr deposit 10%.. hehe.. puas ati.. kitaorg pilih granite utk countertop dan skirting, UV decorative panel kaler coffee utk wall dan base unit.. yg ni website CLS http://www.clskitchencabinet.com/






KPI Family 2011


Aku agak setiap family mesti ada perancangan tahunan @ KPI masing2 kan.. Tak kira dari sudut material, or dari segi perkembangan keluarga.. dan juga dari sudut kerohanian.. Aku dan suami pon dah ada perancangan yg kami bincang bersama.. 
KPI tahun 2011 utk family aku :
1) Dry kitchen cabinet
2) Set sofa 3+2
3) Aircond utk living room
4) MPV
5) Get pregnant (lahir 2012)
6) Solat awal waktu + ibadah sunat
So far, item no 1 dah settle, alhamdulillah.. walaupon bonus aku 1/2 bulan je tahun ni (compare last 2 years, dpt 4-5 bulan), tapi insyaAllah ada rezeki lain utk family aku.. Item no 2 tu, sbb sofa 3 seaters yg skrg ni dh koyak skit, pastu tetamu tak dpt duduk kalo dtg lebih 3 org.. huhu.. Item no 3, ermm, yg ni suami yg berhajat supaya tetamu yg dtg lebih selesa.. aku ikutkan je, best jugak kalo musim panas.. Item no 4, yg ni mmg patut kena beli.. memandangkan kitaorg mmg takde kereta sendiri lagi (yg ada skrg ni, kereta pinjam dan sponsor), so berhajat sgt nak beli MPV terus.. boleh naik ramai2 dan byk brg boleh muat.. dan item no 5, kalo diizinkan Allah, aku nak pregnant lagi, boleh jadi peneman Balqis nanti.. dan Item no 6 tu adalah KPI sepanjang tahun dan seumur hidup, sbb aku harap sangat2 yg kami berdua akan menjadi contoh terbaik utk anak2.. InsyaAllah.. Ya Allah, Kau permudahkan urusan kami sekeluarga, murahkanlah rezeki kami dan tunjukkanlah kami ke jalan-Mu Ya Allah.. Kau berikanlah kekuatan iman dan islam kepada kami sekeluarga.. Amin..

Mar 7, 2011

Majlis Kesyukuran Aqiqah Balqis - part 5


keesokan hari selepas majlis aqiqah, upacara mencukur rambut balqis sehingga botak telah dilakukan sendiri oleh mommy dan papa.. hehe.. neves jgk mula2 pegang pisau cukur tu.. pastu lama2 dah ok, dan smooth je tgn bila cukur tu.. balqis pon ok je, tak meragam sgt.. budak pandai la katakan.. sian balqis, dah takde rambut.. hehe.. takpe, lepas ni insyaALlah rambut balqis tumbuh lagi cantik dan lebat..  











 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men