Oct 31, 2011

Update akhirnya..


wah.. dah lama rupenya x update blog ni.. since pregnant 2nd ni, mmg susah nak dpt masa utk menghadap laptop lama2.. blog online shopping Balqis' Apparel pon dh lama x update.. freeze kejap.. pregnancy kali ni, aku cepat penat.. buat keje skit je, rehat yg banyaknye.. adik balqis ni dh nak masuk 22wks, mmg dh rase movement since 17wks lagi.. last friday checkup, semua ok.. condition baby and mommy both ok.. alhamdulillah.. due awal Mar2012.. masa tu Balqis dan nak masuk setahun 3 bulan.. gap agak rapat, tapi insyaAllah aku dan suami boleh handle.. balqis dah pandai jalan dah.. hehe.. tak smooth lagik, tp dh dpt dlm 20 steps.. so before 11mths old, balqis dah pandai berjalan by her own feet.. :) comel je.. balqis pon dh pandai marah2 kalo kita amik brg dia, pastu suka main gajet, tak kira la apa pon.. pantang nampak henpon dan remote control.. dh pandai jugak belek2 buku.. tapi yg satu ni mostly baby suka buat, mengutip benda kecik2 pastu masuk dlm mulut.. even the very tiny things pon dia nampak dan cuba amik.. yg ni mmg kena alert pastu umah kena selalu vacuum or sapu.. huhu..  

Jun 2, 2011

Magic English untuk Balqis


kadang2 kita slalu dgr statement camni, 'ala, kecik lagi budak tu, bukannya tahu apa2' atau camni 'buat apa belikan buku kat budak tu, bukannya tahu baca pon'.. mmg wujud pemikiran camni dikalangan masyarakat kita, ye lah, kalo ikut logiknye, baby or budak yg berusia 2 tahun ke bwh, mmg la byk menda yg diorang tak tahu.. tapi kebanyakan dari kita tak tau yg pertumbuhan otak kanak2 berkembang sebanyak 50% sejak dari lahir sampai la umur 4 tahun.. based on below chart (taken from grolier-asia.com), pertumbuhan otak dari lahir sehingga 4 tahun, sama dengan pertumbuhan otak dari umur 4 hingga 18 tahun.. 

so, aku dan suami amik inisiatif dgn belikan set 26 buku dan 26 DVD Disney Magic English dr Grolier.. pastu dpt free gifts, Disney's Story a Day (4 Vols), Disney's Words Words Words (4 Vols), Family Flip Quiz Science, Raise Your Child Self-Esteem - 99 Easy Things To Do  and book shelf.. so everyday kitaorg akan cuba bacakan buku Disney's Story a Day utk Balqis atau pasang DVD Disney Magic English.. kiranya cabaran buat kitaorg utk disiplinkan diri dalam membantu Balqis mempelajari English.. dan dalam masa yang sama kitaorg pon dpt belajar lagi byk vocab.. InsyaAllah semoga dipermudahkan usaha ini.. 

Mar 30, 2011

balqis batuk, mommy pon batuk..


today aku mc.. cough and flu.. skrg ni mmg musim org batuk dan selesema.. so duk rumah je la, rehat2.. walaupon aku mc, tapi aku antar balqis pegi school jugak, kalo tak mmg balqis tak dpt tido sbb mommy dia asyik batuk2 je.. batuk balqis pon tak baik2 lagi, dah sebulan lebih.. tiap2 minggu aku bawak balqis pegi jmpa doc, check paru2.. bila time kahak dia byk tu, sampai nafas pon berbunyi, tak sanggup dengar, kesian.. dah tak tau buat camne.. amik ubat dah, aku try jugak cara tradisional, tak jalan jugak.. hemm..

Mar 16, 2011

Botol susu BPA free


baru2 ni plak isu pasal pengharaman botol susu yg mengandungi BPA.. tapi apsal la lambat sgt kerajaan Malaysia ni announce pasal hal ni, pastu lak pengharaman start Mac 2012.. emm.. apa pun, isu ni membuatkan aku lebih peka terhadap produk2 plastik dan kesan bahan pembuatan terhadap diri dan kehidupan kita.. before ni aku beli botol susu Pigeon yg bukan BPA free, salah aku jugak tak buat study nape ada botol susu BPA free dan ada yang tidak.. so bila berita pasal isu ni kuar Berita Harian 14 Mac 2011, barulah aku terhegeh2 nak beli botol susu yg ada label BPA free.. so skrg ni Balqis dah start minum susu guna botol Dr. Brown yg confirm BPA free.. 

Mar 14, 2011

Kitchen cabinet baru..


Deal dgn CLS utk pasang kitchen cabinet mmg mudah.. hanya 1 bulan diambil start dr byr deposit 10% dan last skali installation.. Aku rekemen utk sapa2 nak pasang kabinet dapur, pilihla CLS.. mula2 aku tau pasal CLS ni sbb slalu ulang alik Hosp Annur Bangi setiap bulan utk check up pregnancy.. setiap kali lalu mesti nampak kedai CLS ni.. slalu ckp kat suami, 'lain kali, bila2 masa kita gi kedai tu, tgk2 cabinet, mana tau kalo ok'.. pastu aku beli plak magazine Impiana Dapur, dlm tu mmg byk tunjuk design kitchen cabinet yg CLS punya.. boleh tahan jugak design.. pastu bukak pulak website CLS, ada promotion free granite utk countertop dan skirting.. bila baby dh lahir, dh abes pantang, kami pon pegi CLS tu, hajatnya nak tgk2 je dulu, tp dh siap2 bawak ukuran dan map.. akhirnya, kami trus setuju nak pasang dry kitchen cabinet dgn CLS dan byr deposit 10%.. hehe.. puas ati.. kitaorg pilih granite utk countertop dan skirting, UV decorative panel kaler coffee utk wall dan base unit.. yg ni website CLS http://www.clskitchencabinet.com/






KPI Family 2011


Aku agak setiap family mesti ada perancangan tahunan @ KPI masing2 kan.. Tak kira dari sudut material, or dari segi perkembangan keluarga.. dan juga dari sudut kerohanian.. Aku dan suami pon dah ada perancangan yg kami bincang bersama.. 
KPI tahun 2011 utk family aku :
1) Dry kitchen cabinet
2) Set sofa 3+2
3) Aircond utk living room
4) MPV
5) Get pregnant (lahir 2012)
6) Solat awal waktu + ibadah sunat
So far, item no 1 dah settle, alhamdulillah.. walaupon bonus aku 1/2 bulan je tahun ni (compare last 2 years, dpt 4-5 bulan), tapi insyaAllah ada rezeki lain utk family aku.. Item no 2 tu, sbb sofa 3 seaters yg skrg ni dh koyak skit, pastu tetamu tak dpt duduk kalo dtg lebih 3 org.. huhu.. Item no 3, ermm, yg ni suami yg berhajat supaya tetamu yg dtg lebih selesa.. aku ikutkan je, best jugak kalo musim panas.. Item no 4, yg ni mmg patut kena beli.. memandangkan kitaorg mmg takde kereta sendiri lagi (yg ada skrg ni, kereta pinjam dan sponsor), so berhajat sgt nak beli MPV terus.. boleh naik ramai2 dan byk brg boleh muat.. dan item no 5, kalo diizinkan Allah, aku nak pregnant lagi, boleh jadi peneman Balqis nanti.. dan Item no 6 tu adalah KPI sepanjang tahun dan seumur hidup, sbb aku harap sangat2 yg kami berdua akan menjadi contoh terbaik utk anak2.. InsyaAllah.. Ya Allah, Kau permudahkan urusan kami sekeluarga, murahkanlah rezeki kami dan tunjukkanlah kami ke jalan-Mu Ya Allah.. Kau berikanlah kekuatan iman dan islam kepada kami sekeluarga.. Amin..

Mar 7, 2011

Majlis Kesyukuran Aqiqah Balqis - part 5


keesokan hari selepas majlis aqiqah, upacara mencukur rambut balqis sehingga botak telah dilakukan sendiri oleh mommy dan papa.. hehe.. neves jgk mula2 pegang pisau cukur tu.. pastu lama2 dah ok, dan smooth je tgn bila cukur tu.. balqis pon ok je, tak meragam sgt.. budak pandai la katakan.. sian balqis, dah takde rambut.. hehe.. takpe, lepas ni insyaALlah rambut balqis tumbuh lagi cantik dan lebat..  











Majlis Kesyukuran Aqiqah Balqis - part 4


alhamdulillah, majlis kesyukuran aqiqah balqis dah selesai.. as expected, jumlah tetamu yg hadir hampir 100 orang.. risau jugak kalo tak cukup makanan or goodies.. tapi alhamdulillah majlis berlangsung dgn lancar dan on time.. mlm majlis tu, tido 3am sbb siapkan goodies dan kemas2 skit.. kul 6:30am dh bgn, balqis pon bgn awal aritu, cam tau2 je yg majlis ni majlis dia.. aku pakaikan balqis gaun hijau polka dot dan stokin renda2.. comel je.. kul 10:30am majlis start dgn marhaban, berzanji, selawat dan cukur jambul oleh qariah lelaki dr surau yg berdekatan.. mula2 masa cukur jambul tu, balqis cam nak nangis, pastu lama2 dia ok dan masa org tgh selawat dan baca doa, balqis tertido.. ngantuk sgt sbb bgn awal pagi.. dlm 11:30am, tetamu dah start makan tghari.. paling best abah dan mak dtg jugak, abangah yg bawak.. majlis selesai lebih kurang kul 2pm.. pastu badan mula rase lenguh, mata ngantuk, perut lapar.. penat.. tapi best sbb pengalaman pertama jadi host utk majlis aqiqah.. 
Goodies
paper bag VR Star
bunga telur - ayah yg tolong isi telur
mommy tgh buat2 busy
total 110 
tgh busy siapkan goodies
tima kasih cik aby and cik ogy tolong buatkan bunga rampai
masa ni dah hampir kul 2am, tgh hias bouncer
bunga telur dan bunga rampai
qariah dr surau berdekatan
para qariah
mommy and 'princess'

balqis dah penat..
balqis with mommy and papa
'princess' yg diraikan


guest and F&B

family aku pon dtg jugak.. :)

Mar 3, 2011

Jemputan Kad - Majlis Kesyukuran Aqiqah Balqis - part 3


Jemput semua datang ke Majlis Kesyukuran Aqiqah 'Puteri Nur Balqis'



Majlis Kesyukuran Aqiqah Balqis - part 2


goodies utk majlis kesyukuran aqiqah balqis dah settle.. prepare utk 110 orang.. alhamdulillah.. aku tempah muffin chocolate chip, muffin marble chocolate chip dan muffin strawberry.. paper bag and bekas telur berkaki english rose aku beli kat VR Star, Nilai 3.. bekas telur tu aku isi 4 biji coklat.. mama dan ayah plak sponsor bunga telur dan telur skali.. alhamdulillah, rezeki balqis.. utk catering, mama dah pilihkan 3 lauk utama iaitu kari kambing, ikan masak sambal, kubis masak lemak beserta ulam-ulaman dan telur masin.. apa lagi ye.. emm.. aku tak sabar nak pakaikan balqis gaun hijau polka dot yg aku beli kat GMP utk majlis tu nanti.. mesti comel.. 

Feb 25, 2011

Majlis Kesyukuran Aqiqah Balqis - part 1


insyaALLah, majlis kesyukuran aqiqah baby balqis akan diadakan next week 5 Mac kat Banda Hilir, rumah mentua aku.. 5 Mac tu jugak hari lahir mak mentua aku yg aku panggil mama, kira double event la.. tarikh lahir balqis plak sama ngan ayah mentua aku iaitu pada 9 dec.. hehe.. senang nak ingat.. majlisnye next week, tapi aku tak prepare goodies apa nak bagi pada tetamu nanti.. cuma aku dh tempah muffin kat anis bakery, masa aku kawen dulu pon aku tempah kat anis bakery, so dah tau rupa dan rasa muffin tu.. sedap dan tahan lama.. apa lagi ntah aku nak bagi.. jap lagi aku nak ke nilai 3, tak jauh, 10 mnt je dr umah.. nak tgk apa2 barang menarik yg boleh dijadikan door gift.. 

Feb 24, 2011

Balqis @Nursery


minggu pertama keje slps cuti bersalin, mmg byk menguji kesabaran aku.. aku masih lagi dalam proses belajar bab pengurusan masa dalam menguruskan rumahtangga setelah lahirnya balqis.. balqis aku hantar ke nursery 'Ummu Rania' di Acasia Park.. so far, nursery tu nampak ok dan pengasuh2 pon nampak ok.. setiap hari tugas aku menghantar balqis jam 7:30am, dan jemput before 6:30pm.. kalo tak byr OT, 1/2 jam RM5, 1 jam RM9.. agak mahal kalo dibandingkan dengan nursery2 lain.. tp setakat ni aku tak penah lewat menjemput balqis.. bila nampak je muka balqis, terus hilang segala penat.. ada jugak kakak jiran depan umah aku ni volunteer nak jaga balqis.. tapi aku prefer hantar ke nursery, reason sbb tugas nursery mmg hanya mengasuh dan menjaga kanak2 bawah 5 tahun.. even aku or husband cuti on weekdays pon still boleh hantar ke nursery.. :)

Pasal keje lagi..


dh masuk minggu ke-3 aku bekerja.. masih lagi tiada apa yg dpt memotivasikan aku utk bekerja dgn penuh semangat.. sampai bila la nak terus camni.. dengar kata bonus masuk esok.. kalo betul, Alhamdulillah.. appraisal 2010, membuatkan aku lagi kecewa dan kecil hati dgn bos aku.. macam aku ni tak ada apa2 sumbangan sepanjang 2010.. masuk april ni, dh 5 tahun aku keje kat sini, dan appraisal 2010 la yg plg mengecewakan.. aku mmg nak cari keje lain, tapi mostly DBA  keje shift.. itu yg sampai skrg masih di sini.. skrg ni plak, environment kat opis dh lain, tak macam dulu.. company pon dh lain.. dulu CDC, skrg SCSB.. emm.. macam2..   

Jan 24, 2011

Malasnya nak masuk office..


Alhamdulillah, baby Balqis dah masuk 45 hari dan ini bermakna aku telah melepasi tempoh berpantang selama 44 hari.. Time is running so fast.. Lagi 2 minggu cuti sebelum masuk office semula.. Malasnya.. Agaknya perasaan malas nak masuk office setelah cuti berpantang ni memang melanda semua mommies especially anak pertama.. Rasa cam nak resign je, huhu.. Dah la sejak 5-6 bulan ni aku tak bersemangat nak kerja.. Reason, terasa seperti tak dihargai oleh boss.. Ni dah kira luahan perasaan plak ni, hehe.. Aku cuba bertahan sampai pertengahan tahun ni, then, i will looking for other opportunity.. Buat apa kalau kerja dah bertahun tapi boss tak appreciate?? Ishh.. Dah panjang plak aku membebel pasal keje ni.. Stop dulu, dah jam 1:30am.. Jap lagi baby Balqis jaga nak susu.. 






Syukur.. Alhamdulillah


Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT, aku telah selamat melahirkan baby girl pada 9 Dec 2010 jam 7:41pm, awal 9 hari dari due date.. Pengalaman saat melahirkan anak sulung mmg sangat mendebarkan,  tapi Alhamdulillah, Puteri Nur Balqis selamat dilahirkan dan aku kini bergelar seorang mommy@ibu@mak.. Satu gelaran yang mempunyai tanggungjawab dan amanah yang sangat besar utk dipikul.. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT..




 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men