Feb 25, 2011

Majlis Kesyukuran Aqiqah Balqis - part 1


insyaALLah, majlis kesyukuran aqiqah baby balqis akan diadakan next week 5 Mac kat Banda Hilir, rumah mentua aku.. 5 Mac tu jugak hari lahir mak mentua aku yg aku panggil mama, kira double event la.. tarikh lahir balqis plak sama ngan ayah mentua aku iaitu pada 9 dec.. hehe.. senang nak ingat.. majlisnye next week, tapi aku tak prepare goodies apa nak bagi pada tetamu nanti.. cuma aku dh tempah muffin kat anis bakery, masa aku kawen dulu pon aku tempah kat anis bakery, so dah tau rupa dan rasa muffin tu.. sedap dan tahan lama.. apa lagi ntah aku nak bagi.. jap lagi aku nak ke nilai 3, tak jauh, 10 mnt je dr umah.. nak tgk apa2 barang menarik yg boleh dijadikan door gift.. 

Feb 24, 2011

Balqis @Nursery


minggu pertama keje slps cuti bersalin, mmg byk menguji kesabaran aku.. aku masih lagi dalam proses belajar bab pengurusan masa dalam menguruskan rumahtangga setelah lahirnya balqis.. balqis aku hantar ke nursery 'Ummu Rania' di Acasia Park.. so far, nursery tu nampak ok dan pengasuh2 pon nampak ok.. setiap hari tugas aku menghantar balqis jam 7:30am, dan jemput before 6:30pm.. kalo tak byr OT, 1/2 jam RM5, 1 jam RM9.. agak mahal kalo dibandingkan dengan nursery2 lain.. tp setakat ni aku tak penah lewat menjemput balqis.. bila nampak je muka balqis, terus hilang segala penat.. ada jugak kakak jiran depan umah aku ni volunteer nak jaga balqis.. tapi aku prefer hantar ke nursery, reason sbb tugas nursery mmg hanya mengasuh dan menjaga kanak2 bawah 5 tahun.. even aku or husband cuti on weekdays pon still boleh hantar ke nursery.. :)

Pasal keje lagi..


dh masuk minggu ke-3 aku bekerja.. masih lagi tiada apa yg dpt memotivasikan aku utk bekerja dgn penuh semangat.. sampai bila la nak terus camni.. dengar kata bonus masuk esok.. kalo betul, Alhamdulillah.. appraisal 2010, membuatkan aku lagi kecewa dan kecil hati dgn bos aku.. macam aku ni tak ada apa2 sumbangan sepanjang 2010.. masuk april ni, dh 5 tahun aku keje kat sini, dan appraisal 2010 la yg plg mengecewakan.. aku mmg nak cari keje lain, tapi mostly DBA  keje shift.. itu yg sampai skrg masih di sini.. skrg ni plak, environment kat opis dh lain, tak macam dulu.. company pon dh lain.. dulu CDC, skrg SCSB.. emm.. macam2..   
 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men