Mar 31, 2012

Megat & peraturan JPN


megat muhammad badri. itulah nama yang dipilih oleh kami buat cahayamata kedua ini. tetapi atas peraturan baru JPN yg berkuatkuasa November 2011, nama 'megat' hanya boleh digunakan jika si ayah bergelar 'megat'. sungguh aneh dan pelik peraturan baru ini. sudah dipraktikkan sejak sekian lama, bahawa nama megat diturunkan jika si ayah bergelar 'megat' atau si ibu bergelar 'raja'. kenapa baru sekarang dikuatkuasakan? bukan aku mementingkan gelaran, tetapi ianya mudah bg generasi akan dtg iaitu anak2 kecil sekarang utk mengenal susur galur salasilah keluarga mereka. apa pun, muhammad badri satu nama yg sudah cukup cantik maksudnya. badri - julukan bagi sahabat yang mengikuti perang Badar; dinisbatkan pada bulan purnama.semoga muhammad badri membesar sebagai anak yg soleh.

Mar 30, 2012

Pengalaman Kedua


pengalaman melahirkan anak kedua masih segar dalam ingatan kerana aku masih dalam tempoh berpantang. aku admitted di Hospital Annur Bangi pada 26 Feb jam 5:30pm, dan terus dibawa ke labour room memandangkan bukaan dah 3cm. bilik yg sama ketika melahirkan balqis, dan dlm sakit2 contraction tu, sempat aku mengimbau balik saat2 kelahiran balqis dahulu. utk kali ini, aku masih memilih epidural utk meredakan kesakitan yg semakin kerap dirasai. dalam jam 9:00pm aku disuntik epidural oleh pakar bius. alhamdulillah, sakit berkurangan. tetapi slps 30 mnt aku disuntik epidural, kepala rasa pening, tekak rasa loya, macam nak pitam pon ada, dan keadaan aku pd masa tu sgt gelisah, serba serbi tak kena. bidan datang amik tekanan darah, bacaan bp aku menurun sehingga 62 dan degupan jantung baby lemah. doctor  masih blom sampai. kehadiran suami yg setia menemaniku sedikit sebanyak membuatkan aku tenang. dalam 11:00pm doctor sampai dan terus memeriksa bukaan dan saiz bukaan masih lg 3cm. sakit semakin kerap dan degupan jantung baby semakin lemah. dalam jam 11:30pm air ketuban dipecahkan dan terdapat najis baby. tiada pilihan lain melainkan pembedahan. alhamdulillah aku tenang dan aku cuma mengharapkan dan berdoa bayiku selamat dilahirkan. jam 12:00am 27 Feb, aku dibawa masuk ke OT, dan dos ubat bius ditambah melalui saluran epidural. aku masih lagi tenang dan sedar sepanjang pembedahan. alhamdulillah pada jam 12:42am 27 Feb, aku selamat melahirkan baby boy seberat 3.79kg. syukur kepada Allah semuanya selamat dan terima kasih Allah atas ketenangan dan kekuatan yg Kau berikan kepadaku dalam melalui ujian kali ini.
 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men