Jul 7, 2010

World Cup 2010


world cup 2010. favorite team aku italy@azzurri, tapi awal2 dh out. aku menghabiskan saki baki WC kali ini tanpa rasa teruja. cuma aku mengharapkan juara WC 2010 bukan germany. dan aku harap klose tidak dpt memecahkan rekod gol wc yg dicipta oleh ronaldo sebanyak 15 gol. :P

pengalaman pertama


sebaik sahaja doktor mengesahkan aku hamil 5 minggu, perasaan bercampur baur. yang pasti aku cuak bila memikirkan yang aku bakal bergelar ibu. adakah aku bersedia? itu adalah persoalan awal yang bermain di fikiranku. gembira? ya, sudah pasti aku gembira, tetapi, mampukah aku menghadapi cabaran dan dugaan sebagai wanita hamil dan bakal bergelar ibu? hampir 2 mggu aku membiarkan persoalan tersebut mengganggu fikiran aku. Alhamdulillah dengan sokongan suami yg banyak membantu, juga melalui pembacaan dan pengalaman dr kawan2 yg sudah bergelar ibu, akhirnya persoalan tersebut tidak lagi menjadi satu beban, sebaliknya aku semakin tidak sabar menanti kelahiran bayi pertama kami. :)

Lets Get Started


permulaan baru ketika usia menjengah 30-an. pantasnya masa berlalu, dalam tak sedar sudah 8 bulan ikatan perkahwinanku dengan suami tersayang. hidup terasa lebih bererti, setiap detik terasa diri disayangi. lebih2 lagi ketika aku sedang hamil anak pertama di mana kandunganku sudah masuk bulan ke-4. alhamdulillah, syukur di atas rezeki yang dikurniakan kepada kami. terasa diri ini lebih bersemangat untuk menempuh hari2 yg mendatang, dengan adanya suami disisi dan insyaAllah, anak yg bakal dilahirkan Disember ini.
 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men