Mar 30, 2011
balqis batuk, mommy pon batuk..
11:51 PM
Posted by
Juliana Jamil
today aku mc.. cough and flu.. skrg ni mmg musim org batuk dan selesema.. so duk rumah je la, rehat2.. walaupon aku mc, tapi aku antar balqis pegi school jugak, kalo tak mmg balqis tak dpt tido sbb mommy dia asyik batuk2 je.. batuk balqis pon tak baik2 lagi, dah sebulan lebih.. tiap2 minggu aku bawak balqis pegi jmpa doc, check paru2.. bila time kahak dia byk tu, sampai nafas pon berbunyi, tak sanggup dengar, kesian.. dah tak tau buat camne.. amik ubat dah, aku try jugak cara tradisional, tak jalan jugak.. hemm..
Mar 16, 2011
Botol susu BPA free
5:44 PM
Posted by
Juliana Jamil
baru2 ni plak isu pasal pengharaman botol susu yg mengandungi BPA.. tapi apsal la lambat sgt kerajaan Malaysia ni announce pasal hal ni, pastu lak pengharaman start Mac 2012.. emm.. apa pun, isu ni membuatkan aku lebih peka terhadap produk2 plastik dan kesan bahan pembuatan terhadap diri dan kehidupan kita.. before ni aku beli botol susu Pigeon yg bukan BPA free, salah aku jugak tak buat study nape ada botol susu BPA free dan ada yang tidak.. so bila berita pasal isu ni kuar Berita Harian 14 Mac 2011, barulah aku terhegeh2 nak beli botol susu yg ada label BPA free.. so skrg ni Balqis dah start minum susu guna botol Dr. Brown yg confirm BPA free..
Mar 14, 2011
Kitchen cabinet baru..
4:26 PM
Posted by
Juliana Jamil
Deal dgn CLS utk pasang kitchen cabinet mmg mudah.. hanya 1 bulan diambil start dr byr deposit 10% dan last skali installation.. Aku rekemen utk sapa2 nak pasang kabinet dapur, pilihla CLS.. mula2 aku tau pasal CLS ni sbb slalu ulang alik Hosp Annur Bangi setiap bulan utk check up pregnancy.. setiap kali lalu mesti nampak kedai CLS ni.. slalu ckp kat suami, 'lain kali, bila2 masa kita gi kedai tu, tgk2 cabinet, mana tau kalo ok'.. pastu aku beli plak magazine Impiana Dapur, dlm tu mmg byk tunjuk design kitchen cabinet yg CLS punya.. boleh tahan jugak design.. pastu bukak pulak website CLS, ada promotion free granite utk countertop dan skirting.. bila baby dh lahir, dh abes pantang, kami pon pegi CLS tu, hajatnya nak tgk2 je dulu, tp dh siap2 bawak ukuran dan map.. akhirnya, kami trus setuju nak pasang dry kitchen cabinet dgn CLS dan byr deposit 10%.. hehe.. puas ati.. kitaorg pilih granite utk countertop dan skirting, UV decorative panel kaler coffee utk wall dan base unit.. yg ni website CLS http://www.clskitchencabinet.com/
KPI Family 2011
3:40 PM
Posted by
Juliana Jamil
Aku agak setiap family mesti ada perancangan tahunan @ KPI masing2 kan.. Tak kira dari sudut material, or dari segi perkembangan keluarga.. dan juga dari sudut kerohanian.. Aku dan suami pon dah ada perancangan yg kami bincang bersama..
KPI tahun 2011 utk family aku :
KPI tahun 2011 utk family aku :
1) Dry kitchen cabinet
2) Set sofa 3+2
3) Aircond utk living room
4) MPV
5) Get pregnant (lahir 2012)
6) Solat awal waktu + ibadah sunat
So far, item no 1 dah settle, alhamdulillah.. walaupon bonus aku 1/2 bulan je tahun ni (compare last 2 years, dpt 4-5 bulan), tapi insyaAllah ada rezeki lain utk family aku.. Item no 2 tu, sbb sofa 3 seaters yg skrg ni dh koyak skit, pastu tetamu tak dpt duduk kalo dtg lebih 3 org.. huhu.. Item no 3, ermm, yg ni suami yg berhajat supaya tetamu yg dtg lebih selesa.. aku ikutkan je, best jugak kalo musim panas.. Item no 4, yg ni mmg patut kena beli.. memandangkan kitaorg mmg takde kereta sendiri lagi (yg ada skrg ni, kereta pinjam dan sponsor), so berhajat sgt nak beli MPV terus.. boleh naik ramai2 dan byk brg boleh muat.. dan item no 5, kalo diizinkan Allah, aku nak pregnant lagi, boleh jadi peneman Balqis nanti.. dan Item no 6 tu adalah KPI sepanjang tahun dan seumur hidup, sbb aku harap sangat2 yg kami berdua akan menjadi contoh terbaik utk anak2.. InsyaAllah.. Ya Allah, Kau permudahkan urusan kami sekeluarga, murahkanlah rezeki kami dan tunjukkanlah kami ke jalan-Mu Ya Allah.. Kau berikanlah kekuatan iman dan islam kepada kami sekeluarga.. Amin..
Mar 7, 2011
Majlis Kesyukuran Aqiqah Balqis - part 5
3:46 PM
Posted by
Juliana Jamil
keesokan hari selepas majlis aqiqah, upacara mencukur rambut balqis sehingga botak telah dilakukan sendiri oleh mommy dan papa.. hehe.. neves jgk mula2 pegang pisau cukur tu.. pastu lama2 dah ok, dan smooth je tgn bila cukur tu.. balqis pon ok je, tak meragam sgt.. budak pandai la katakan.. sian balqis, dah takde rambut.. hehe.. takpe, lepas ni insyaALlah rambut balqis tumbuh lagi cantik dan lebat..
Majlis Kesyukuran Aqiqah Balqis - part 4
2:48 PM
Posted by
Juliana Jamil
alhamdulillah, majlis kesyukuran aqiqah balqis dah selesai.. as expected, jumlah tetamu yg hadir hampir 100 orang.. risau jugak kalo tak cukup makanan or goodies.. tapi alhamdulillah majlis berlangsung dgn lancar dan on time.. mlm majlis tu, tido 3am sbb siapkan goodies dan kemas2 skit.. kul 6:30am dh bgn, balqis pon bgn awal aritu, cam tau2 je yg majlis ni majlis dia.. aku pakaikan balqis gaun hijau polka dot dan stokin renda2.. comel je.. kul 10:30am majlis start dgn marhaban, berzanji, selawat dan cukur jambul oleh qariah lelaki dr surau yg berdekatan.. mula2 masa cukur jambul tu, balqis cam nak nangis, pastu lama2 dia ok dan masa org tgh selawat dan baca doa, balqis tertido.. ngantuk sgt sbb bgn awal pagi.. dlm 11:30am, tetamu dah start makan tghari.. paling best abah dan mak dtg jugak, abangah yg bawak.. majlis selesai lebih kurang kul 2pm.. pastu badan mula rase lenguh, mata ngantuk, perut lapar.. penat.. tapi best sbb pengalaman pertama jadi host utk majlis aqiqah..
Goodies |
paper bag VR Star |
bunga telur - ayah yg tolong isi telur |
mommy tgh buat2 busy |
total 110 |
tgh busy siapkan goodies |
tima kasih cik aby and cik ogy tolong buatkan bunga rampai |
masa ni dah hampir kul 2am, tgh hias bouncer |
bunga telur dan bunga rampai |
qariah dr surau berdekatan |
para qariah |
mommy and 'princess' |
balqis dah penat.. |
balqis with mommy and papa |
'princess' yg diraikan |
guest and F&B |
family aku pon dtg jugak.. :) |
Mar 3, 2011
Majlis Kesyukuran Aqiqah Balqis - part 2
10:44 AM
Posted by
Juliana Jamil
goodies utk majlis kesyukuran aqiqah balqis dah settle.. prepare utk 110 orang.. alhamdulillah.. aku tempah muffin chocolate chip, muffin marble chocolate chip dan muffin strawberry.. paper bag and bekas telur berkaki english rose aku beli kat VR Star, Nilai 3.. bekas telur tu aku isi 4 biji coklat.. mama dan ayah plak sponsor bunga telur dan telur skali.. alhamdulillah, rezeki balqis.. utk catering, mama dah pilihkan 3 lauk utama iaitu kari kambing, ikan masak sambal, kubis masak lemak beserta ulam-ulaman dan telur masin.. apa lagi ye.. emm.. aku tak sabar nak pakaikan balqis gaun hijau polka dot yg aku beli kat GMP utk majlis tu nanti.. mesti comel..
Subscribe to:
Posts (Atom)